Thursday, 29 November 2012

Nota bahagian-bahagian tubuh haiwan

1. Haiwan-haiwan berlainan mempunyai bahagian-bahagian tubuh yang berbeza.

2. Burung kiwi,emu, kawasari, dan burung unta ada sayap tetapi mereka tidak boleh terbang.

3. Ayam,kambing,lipan,dan singa ada kaki untuk bergerak. Tetapi ular,siput,dan cacing tanah tidak
   ada kaki.

4. Kucing, anjing, tikus dan beruang ada bulu pada tubuh mereka. Bulu pada tubuh burung pula
   dipanggil bulu pelepah.

5. Lembu,badak sumbu,dan rusa ada tanduk di kepala. Tetapi lipas, rama-rama, dan semut ada
    sesungut di kepala.

1 comment: